Senggugut ketika haid.
Assalamualaikum w.b.t
Topik harini deep sikit buat kaum wanita,bukan untuk memalukan tapi ianya normal untuk saya kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan senggugut ni. Senggugut merupakan sakit dibahagian bawah perut,pinggang dan boleh mengakibatkan kejang seluruh badan. Ianya dialami sesetegah wanita ketika haid. Mari gegadis...
1) Banyakkan minum air panas.Jangan sesekali minum air ais ketika mengalami senggugut. Sesungguhnya mcm kena kejutan letrik gitu haa. Haba yang ada boleh mengurangkan darah beku di dalam rahim.
2)Masukkan air panas ke dalam botol kosong jgn botol mineral tu kang kecut ler. Bila dah sederhana panasnya,tuamkan perlahan-lahan di bahagian perut,belakang dan pinggang. Tapi zaman moden sekarang ni,dah ada sedia pek jeli yang boleh dipanaskan bila-bila masa,ada charger sendiri mcm henpon tu haa.
3)Ambik satu uncang teh dan rendam di dalam air panas. Bila dah sebati minum perlahan-lahan,jangan minum sejuk. Yang pasti NO SUGAR okay. Gula bole hilangkan kesannya. (Tips ini dikongsi oleh kawan baik saya sendiri dan alhamdulillah selama mengamalkan tips yang beliau bagi ni,dapat kurangkan rasa sakit jadi TERIMA KASIH kawan,kau memang terbaik ^_^ )
4) Tumbuk segenggam halia sehingga lumat.Seperti diatas,campurkan halia dalam air suam dan biarkan ia sebati dan mendap dahulu. Dan seperti biasa, mulakan dengan bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w minum dan hasilnya inshaAllah senggugut akan kurang dan hilang.
5)Last sekali,pada yang tiada bahan2 di atas anda bole mengambil ubat tahan sakit iaitu paracetamol untuk melegakan rasa sakit. Tapi INGAT pengambilan yang berterusan dan melebih-lebih akan menyebabkan penyakit lain jadi kalau URGENT je okay.
Sekian tips dari saya. Shukran :)

No comments:
Post a Comment