Tik tok tik tok..
Detik waktu terus berlalu tapi mata ni taknak tutup dengan aman lagi. Haih. Sukar tidur atau lebih dikenali sebagai insomnia merupakan satu penyakit yang akan terjadi pada semua org.
Penyebab penyakit Insomia
KURANG LETIH
Kalau dah letih ni letak kepala dekat mana pun rasa nak terlelap je kan.Tapi bila dah badan tak letih,minda pun tak letih haa berjagalah kita sepanjang malam.Perlu ada gabungan kedua-dua "keletihan" ni baru lah tidur pun tak sedar apa dah.KURANG SELESA
Sedia maklum ye semua,tempat tidur adalah zon paling selesa untuk seseorang merehatkan badan,minda setelah berpenat seharian. Jadi kalau boleh jadikan tempat tidur adalah ZON LARANGAN bagi sesiapa pun. Jaga kebersihan tempat tidur,sembur dengan wangian segar yang menenangkan untuk membantu proses tidur.
TIDAK TENANG
Dah macam kebiasaan sebelum tidur fikir masalah itu,masalah ini.Rasa gelisah itu boleh menyebabkan hati tak tenteram seterusnya menyebabkan kesukaran untuk tidur.
TERBIASA TIDUR LEWAT
Kononnya tak cool kalau tidur awal jadi ramai remaja for sure akan mengalami insomnia akibat waktu tidur yang tidak teratur.Mana hendak berassignment lagi,study dan tak lupa khayal dalam dunia maya dengan gadget masing-masing (em terasa). Ini akan menyebabkan badan tidak bermaya dan tidak bersedia untuk aktiviti-aktiviti keesokkan harinya.
So untuk mengelakkan diri dari penyakit insomnia terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan iaitu :-
- Minum segelas susu suam sebelum tidur.Aroma daripada susu yang menenangkan dapat membantu kita untuk tidur dengan nyenyak
- Jangan tidur waktu petang terlalu lama. It is okay to take a nap tapi kalau dah sepanjang ptg tidur,mata akan terasa segar pada waktu malam.
- Pastikan waktu tidur teratur. Bila waktu tidur teratur dan kita mendapat 8 jam tidur untuk orang dewasa,badan akan terasa lebih segar dan bersedia melakukan tugasnya.
- Baca buku. Hehe untuk student ini agak popular sebab membaca buku boleh menyebabkan rasa ngantuk hanya pada helaian pertama.
- Rajin bersenam
- Belajar cara merehatkan mental dan fizikal.
- Meletakkan aroma terapi didalam bilik untuk menghasilkan bauan yang tenang.
- Elakkan minum kopi atau lain minuman yang mempunyai kafein di dalamnya.
Semua mesti taknak kan kalau disebabkan insomnia kita akan mendapat sakit seperti ini
Jadilah cubalah tips-tips di atas dan semoga tidur anda lebih aman dan indah.InshaAllah
Assalamualaikum






