Kempen gaya hidup sihat ni tiap-tiap tahun ada.Tapi tak semua buat gaya hidup macam ni kan.Alasannya busy kerja,busy belajar and bla bla bla.Tapi kan kalau kita tak buat badan kita yang lemah lemau semua. Hm so meh la cuba apa mampu hehe
Minum air putih
Perbanyakkan minum air putih kerana ianya baik untuk kesihatan.
- 2 gelas selepas bangun tidur - Ianya baik untuk pengaktifan organ dalaman
- 1 gelas selepas mandi - Membantu mengurangkan tekanan darah rendah
- 1 gelas sebelum makan - Untuk membantu penghadaman,
- 1 gelas sebelum tidur - Boleh kurangkan risiko serangan jantung dah angin ahmar pada waktu malam

Membuat senaman naik turun tangga boleh dibuat secara tidak langsung di pejabat,di sekolah dan dimana-mana tempat sahaja yang ada tangga.Dari naik lif tekan butang je baik senaman sikit ye dok.

Merokok ni haih fatwa pun dah cakap HARAM kan yang dok sedut lagi kenapa? Tak payah terang pun orang dah tahu merokok ni membahayakan kesihatan bukan kepada diri sendiri je dengan org sekeliling pun.Antara penyakit yang berpunca dari rokok ni
- Kanser mulut
- Radang paru-paru
- Keguguran
- Penyakit saluran pernafasan yang kronik
- Strok
Ni antara je tau banyak lagi ada! So katakan TAK NAK MEROKOK !!
Banyak lagi sebenarnya gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan tapi kita buat masa next post pulak ye. Till then Assalamualaikum.









